Tuesday, January 31, 2012

R.e.z.e.k.i

dulu2..Putu giat aktif dlm satu forum tu ..jadik moderator kat situ..
selalu ler terbabit dlm perbincangan ngan forumer2 kat situ.. dlm macam2 topik le.. hehehe

so, ada satu haritu kan.. Putu terperasan ada seorg forumer tu posting kat satu forum perbincangan keluarga di situ.. mengenai rezeki.. especially rezeki anak..

dan semalam, bila baca mengenai topik rezeki kat blog Kakchik Ella, rasa terpanggil pulak nak buat topik tu kat sini..

so, Putu quote ayat tu dan pastekan kat tepi meja ni.. supaya ianya menjadi satu motivasi agar kita sentiasa redha dan positive selalu.. jgn asik mengeluh jek... (walaupun kengkadang buat gak)

Putu tak ingat forumer mana tapi kita sangat suka posting dia pasal ayat ni..

"Ada ulama' yg kata..rezeki anak ini bukan datang dalam bentuk duit sahaja, boleh jadi ia datang dalam bentuk ketenangan jiwa, kedamaian rumahtangga, anak-anak yang ramai, menyenangkan dan berakhlak mulia, kehidupan yang tenang, sentiasa rasa cukup walaupun pendapatan average atau above average jer dengan tanggungan yang ramai, dengan kehidupan hablumminannas (antara saudara, jiran dan sahabat taulan yang rapat) yang cukup baik dan membahagiakan, atau boleh j adi juga dlm bentuk rezeki berilmu tinggi (walaupun harta tak banyak).

wallahualam...
sama-samalah kita renungkan..




* hablumminannas - hubungan manusia dengan manusia

7 comments:

kakcik said...

Macamanalah ada orang sanggup membuang anak sendiri, kan? :(

PUTUBAMBU said...

kakcik: tulah kan... tak berhati perut langsung

Kakzakie said...

Bersyukur kita mampu punya anak berbanding yg termimpi2 mahu mendapatkannya walau ada rezeki lain diberi...

bujal X said...

hari2 kena syukur~he~~

hOtMaMa said...

ye la kak.. setiap anak ada rezekinya..

Anonymous said...

forum mana la tu gamaknya ya putu.

salah satu punca rezeki adalah membayar zakat.nampak cam terbalik,tapi memang betul betul terjadi.

rod

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu putu, cik ina tak suka sangat orang yang nak merungut pasal anak. kat tempat keja cik ina ada sorang dah kaya, bergaji hari-hari nak merungut pasal anak, sesekali cik ina sound gak. kita nak tengok anak kita bahgia ngan kehidupan dunia akhirat , itu dah cukup, jadi ibubapa jangan mengharap lebih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails